Monday 24 February 2020

PENGESAHAN KEHADIRAN IBU BAPA KE MESYUARAT AGUNG PIBG 2020

Salam ibu bapa/ penjaga yang dihormati. Mengikut sistem e-sarana, sekolah kita mempuyai 930 keluarga.

PERHATIAN.
Sila sahkan kehadiran anda samada hadir atau tidak hadir supaya tempahan makanan dimudahkan.

Tarikh tutup pegesahan kehadiran dan usul adalah pada 28/2/2020 Jumaat jam 5.00 petang.

Pautan untuk mengesahkan kehadiran : https://forms.gle/bXc74ZdxE75d8v8B6

Terima kasih.
SU PIBG SKPTLDM.

Monday 17 February 2020

Pelancaran Program Jom Ke Sekolah 2020

Pelancaran Program Jom Sekolah melibatkan PDRM dan TLDM berlangsung meriah dengan ketibaan wakil-wakil daripada badan keselamatan negara.

Monday 10 February 2020

PELANCARAN PROGRAM ZIARAH CAKNA

 

Ziarah memberi sinar harapan, guru mendekati dan memahami keperluan murid untuk hadir ke sekolah. Memberi motivasi dan keyakinan bahawa kejayaan adalah milik setiap insan. Kegagalan hadir ke sekolah dalam tempoh yang panjang boleh membawa kepada ketinggalan dalam pelajaran dan akhirnya menjadi insan tercicir dalam pendidikan. Guru SKPTLDM Cakna! dengan permasalahan murid.
 

Thursday 2 January 2020

PERHIMPUNAN RASMI HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

Gmbar "landscape" hari pertama persekolahan bagi tahun 2020 (sesi pagi).
Dirapkan murid-murid akan bersemangat mengharungi sesi persekolahan yang baharu.

Sunday 29 December 2019

Program Sarapan Pagi (PSP) Fasa Pertama 2020


Program Sarapan Pagi (PSP) fasa pertama tahun 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 melibatkan 100 buah sekolah daripada dari seluruh negara dengan lebih kurang 37,000 orang murid dan 1,600 orang guru bertugas setiap hari.
Kos pelaksanaan fasa pertama program ini dianggarkan sebanyak RM22 juta. Pelaksanaan PSP fasa pertama akan menggunakan menu
makanan berkonsepkan Grab ‘n’ Go yang terdiri daripada menu minuman produk tenusu/minuman berkhasiat dan makanan ringkas seperti roti, biskut, snek bijirin, kuih, sandwich, buah-buahan atau telur rebus.


Waktu pelaksanaan PSP adalah antara jam 7.00 hingga 8.30 pagi bagi persekolahan semi pagi dan jam 1.00 hingga 4.00 petang bagi persekolahan sesi petang mengikut ketetapan pengurusan sekolah.
Pemilihan 100 buah sekolah dalam pelaksanaan fasa pertama dilaksanakan berdasarkan kepada keutamaan yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang mempunyai peratus tertinggi murid dari golongan B40 di setiap negeri dan turut mengambil kira semua jenis sekolah iaitu
SK, SJKC, dan SJKT.


Pemilihan sekolah juga adalah berkadar dengan jumlah bilangan sekolah yang melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dalam setiap negeri yang meliputi semua lokasi iaitu bandar, luar bandar dan pedalaman.
Pelaksanaan ini juga turut mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah memperuntukkan seorang
Pegawai Sains Pemakanan bagi setiap daerah untuk memberi khidmat nasihat kepada sekolah berkaitan menu PSP.
Walau bagaimanapun, kebenaran daripada ibu bapa diperlukan bagi mendapatkan persetujuan dan maklumat penting kesihatan murid seperti
alahan kepada makanan tertentu supaya menu alternatif dapat disediakan.
Pihak KPM juga sedang merancang supaya program ini diperluaskan kepada semua 7,776 sekolah rendah dan dapat members manfaat
kepada kira-kira 2.7 juta murid di seluruh negara dan ini adalah bergantung kepada peruntukan yang diterima dan kesediaan pihak kantin dan sekolah.
Pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan oleh KPM dengan kerjasama KKM supaya makanan yang dibekalkan adalah berkualiti kepada murid-murid bagi mencapai impak yang disasarkan. Kajian keberkesanan program akan dilaksanakan dan akan dibentangkan untuk tujuan penambahbaikan program dari semasa ke semasa.
PSP di sekolah rendah merupakan inisiatif terbaharu KPM untuk menyediakan makanan yang berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan
pemakanan seimbang bagi memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat serta merangsang proses tumbesaran mereka.

Friday 15 November 2019

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2019


NAMA PROGRAM : HARI ANUGERAH CEMERLANG 2019
TARIKH : 14 NOVEMBER 2019
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH
ULASAN :
Hari Anugerah Cemerlang 2019 pada tahun ini berjalan serentak dengan Hari Graduasi Tahun 6 dalam satu majlis yang sama. Majlis ini telah berjalan dengan lancar dengan melibatkan anugerah murid dari Pra Sekolah sehinggalah Tahun 6. Murid-murid telah menerima anugerah yang terdiri daripada sijil dan hadiah piala di atas pencapaian mereka dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2019 serta Tahap Penguasaan (TP) di dalam kelas.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Abdul Razak Bin Nazri, Pegawai Khas Ahli Parlimen Lumut. Syabas kepada semua murid yang telah Berjaya menunjukkan kesungguhan dalam bidang akademik untuk tahun 2019.


Friday 30 August 2019

MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT UPSR 2019

TARIKH : 29 OGOS 2019
TEMPAT :DEWAN SEKOLAH
ULASAN :
Majlis Bacaan Yaasin dan solat hajat ini ini telah dianjurkan oleh Panitia Pengajian Agama Islam sekolah dengan kerjasama semua AJK guru. Majlis ini bertujuan memohon bantuan dan rahmat daripada ILAHI bagi memudahkan urusan murd-murid tahun 6 iaitu seramai 132 orang murid menghadapi UPSR 2019. Pihak PIBG telah menyumbangkan dana bagi tujuan pembelian  makan malam untuk majlis ini. Semua ibu bapa murid tahun 6 serta AJK PIBG telah dijemput bagi menjayakan majlis bacaan Yaasin serta solat hajat pada tahun ini.




PENGESAHAN KEHADIRAN IBU BAPA KE MESYUARAT AGUNG PIBG 2020

Salam ibu bapa/ penjaga yang dihormati. Mengikut sistem e-sarana, sekolah kita mempuyai 930 keluarga. PERHATIAN. Sila sahkan kehadiran anda ...